Apa yang tertulis di dalam Al-Quran
adalah benar sepertimana firman Allah, Fir’aun dan pengikut-pengikutnya
ditenggelamkan kerana mendustakan ayat-ayat Tuhannya . Kini kebenaran
ayat Al-Quran tersebut di buktikan apabila sebuah bandar di dalam air di
temui selepas 1500 tahun.
Berdasarkan Firman Allah…
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).
Ianya ditemui apabila sekumpulan
arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis
Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada
salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air
ini.
Penemuan itu berlaku apabila Goddio
berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile,
apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya
telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh
Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah
menghasilkan pelbagai penemuan ini.
Diantara penemuannya adalah seperti
patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung
gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai
penemuan lagi.
Penyelidik juga telah mendedahkan
pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu
16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu
kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar